Blog Bisnes Tani

Model Bisnes Tani | Usahawan Tani | Cetusan Minda | Cerita Usahawan
Options:

Pertama sekali, maaf saya ucapkan kerana membiarkan lama blog ini tidak diupdate. Terlalu banyak urusan yang saya perlu uruskan sehingga perjalanan blog ini sedikit terganggu. Mulai sekarang, saya akan berusaha mengupdate blog ini sekerap mungkin. Baru saya tau rupanya time management saya masih lemah lagi,hoho..

Hari ni bila saya bukak emel, banyak jugak rupanya pertanyaan dari pembaca blog saya tentang penternakan walit. Saya dah menulis di entri yang lepas tentang industri ini, tapi nampaknya masih banyak yang pembaca blog saya nak tahu tentang industri ini. Kebetulan pula beberapa hari lepas masa saya baca paper Sinar Harian, saya terjumpa dengan satu iklan tentang penternakan walit ni. So, saya nak kongsilah apa yang saya baca berkenaan industri ini pada entri kali ni selepas lama menyepi

Saya taknak lagi cerita tentang asal-usul burung walit ni, kat mana dia tinggal dan sebagainya sebab saya sudah adakan satu entri khas tentang sesi pengenalan burung walit ni pada entri yang lepas. Anda boleh rujuk entri tu di sini.

Sebuah syarikat bumiputra, Walit World Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif melancarkan projek menternak burung walit dengan menyediakan kemudahan tempat, bangunan dan dan teknoligi serta kepakaran pengurusan daripada mula hingga ke peringkat memasarkan hasil sarang burung ni.

Walit World Sdn. Bhd. menyediakan dua kawasan di daerah Port Dickson sebagai tapak penternakan burung walit yang telah diperakui oleh pakar walit sebagai kawasan yang mempunyai potensi besar bagi pembiakan burung walit. Walit World Sdn. Bhd. menawarkan pakej pelaburan saham lot yang mudah, rendah dan tidak berisiko bagi membolehkan semua pihak yang berminat memiliki Rumah Burung Walit yang akan menjana keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada penuaian sarang burung walit. Harga pasaran sarang burung walit mencecah RM 2,500 hingga RM 5,000 sekilogram bagi yang belum dibersihkan mengikut gred dan nilainya akan meningkat sekali ganda apabila memasuki pasaran antarabangsa.

Bagi yang berkemampuan pula, digalakkan melabur melalui pembelian subuah Rumah Burung Walit beserta tapak rumah yang pasti akan menjanjikan pulangan modal dan keuntungan yang besar dalam jangkamasa singkat.

Erm..Bercakap mengenai pelaburan ni..Mungkin ramai antara kita yang mula ragu-ragu dan was-was kan? Maklum laa, negara kita ni selalu dikecohkan dengan berita-berita mengenai pelaburan SCK dalam penternakan lembu laa, apa laa kan. Dalam hal ni, saya tak boleh nak komen apa-apa. Tapi yang boleh saya tegaskan di sini, kaji betul-betul dulu syarikat tersebut, tengok macam mana bisnes dia, lepas tu survey sikit skim pelaburan yang mereka anjurkan ni bagaimana coraknya, sama tak macam yang dulu-dulu. Saya tak boleh nak komen apa-apa sebab saya sendiri belum dapat gambaran yang jelas tentang program pelaburan anjuran syarikat ni. Tapi buat masa ni, memang saya sendiri akui usaha Walit World Sdn. Bhd. ini memang boleh dipuji kerana penternakan burung walit ni memang dari dulu, kini dan selamanya akan terus meningkat dalam kadar yang memberangsangkan setiap tahun. Untuk lebih jelas, anda yang berminat bolehlah terus menghubungi Walit World Sdn. Bhd. di alamat berikut:

Walit World Sdn. Bhd.

PT 7445 & 7446, Jalan BBN 1/2 H, Putra Point 1,

Bandar Baru Nilai,

71800 Nilai, Negeri Sembilan.

No. Telefon : 013-6279599, 06-8502600

Encik johari, saya harap pertanyaan anda tempoh hari tentang penternakan walit sudah terjawab. Saya kurang arif sebenarnya tentang penternakan walit, tetapi segala entri dalam blog ini adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian saya dalam industri pertanian dan penternakan negara. Untuk tahu lebih mendalam tentang penternakan walit ini, anda boleh terus menghubungi nombor yang saya bagi di atas.

Rasanya cukup laa setakat ni entri pada kali ni sekadar untuk memanaskan badan dan menggerakkan jari-jari yang lama tak menulis di blog ni,hoho..

Kandang pun kami tak nampak

Saya petik berita ini dari harian Metro semalam, 28 Jan 2009. Terdetik di hati saya untuk berkongsi dengan pembaca blog saya tentang kerakusan sesetengah individu yang mendakwa menjalankan pelaburan sesuai dengan kehendak kerajaan untuk memartabatkan industri pertanian dan penternakan dunia kononnya. Ikuti kisahnya di bawah ya..

KUANTAN : “Selepas lebih setahun menunggu, bukan setakat lembu, kandang lembu pun kami tak nampak,” demikian luahan sekumpulan peserta program usahawan penternakan lembu berkumpulan yang mendakwa tertipu dengan janji manis ditabur oleh sebuah syarikat yang dikatakan menjalankan program berkenaan.

Berikutan itu, mereka mahu syarikat terbabit mengembalikan semula wang pendahuluan yang sudah dilabur bagi menyertai program berkenaan dan hilang kepercayaan selepas menunggu lebih setahun, namun program dijanjikan masih tidak dijalankan.

Difahamkan, program penternakan lembu diuruskan sebuah syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur itu didakwa gagal melaksanakan program dijanjikan selepas mengutip wang pendahuluan RM 15,000 seorang.

Seorang mangsa, Azizi Zainal, 35, berkata dia menyertai program itu pada September 2007 dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan selepas yakin dengan syarikat terbabit yang mendakwa bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk menjalankan program itu secara besar-besaran.

Menurutnya, program penternakan itu bukan sahaja dijalankan di Pahang, malah di beberapa negeri lain seperti Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

“Kami dijanjikan pendapatan bulanan tidak kurang RM 3,000 apabila program penternakan ini dijalankan,” katanya.

Menurutnya, selepas membayar wang pendahuluan RM 15,000, syarikat terbabit memaklumkan program itu akan bermula selewat-lewatnya April 2008 di Maran dan Pekan.

“Kami sudah menghadiri kursus dianjurkan mereka di Universiti Teknologi Mara (UITM) Jengka awal tahun lalu dan membayar hampir RM 500 untuk tujuan itu,” katanya ketika ditemui bersama lima lagi rakan turut menyertai program itu, baru-baru ini.

Azizi berkata, ada antara mereka membuat keputusan berhenti kerja bagi menumpukan perhatian terhadap projek penternakan dijanjikan, namun kecewa dengan keadaan yang berlaku.

“Saya sendiri pernah berbuat demikian kerana mahu memberikan sepenuh komitmen kepada program penternakan itu, namun hampa dan terpaksa menganggur empat bulan sebelum mendapat kerja baru,” katanya.

Menurutnya, mereka pernah melawat ke tapak dikatakan akan dijalankan projek berkenaan, namun mendapati tiada sebarang perubahan dilakukan.

seorang lagi mangsa, Mohd Adeli Mat Seman, 32, berkata selepas menyedari ditipu, mereka sepakat menarik diri daripada menyertai program itu dan menuntut semula wang pendahuluan, namun pihak terbabit memberi pelbagai alasan.

>> Oleh Mohd Fauzi Abdullah

Apa yang mampu saya katakan cuma..dalam dunia sentiasa akan ada yang tertipu dan menipu. Ia dah jadi semacam satu trend. Ya..Skim Cepat Kaya (SCK) begini sentiasa mengubah trendnya mengikut keadaan. Saya sudah mengulas lanjut hal ini di entri yang lepas, anda boleh rujuk entri tersebut disini. Cuma, saya tak pasti samaada syarikat yang dimaksudkan dalam berita semalam ni syarikat yang sama macam yang saya dedahkan dulu. Kalaupun syarikatnya berlainan, modus operandinya tetap sama. Modus operandi mana-mana program SCK takkan pernah berubah, yang berubahnya ialah trendnya.

P/S Keadaan ekonomi dunia yang lembab pada tahun ini memberikan banyak advantage kepada ramai orang. Tapi, advantage yang macam mana? SCK juga satu advantage, satu oppurtunity apa?So..sendiri mau ingat beb :)

Hari ini, sudah lebih dua minggu rejim Israel menzalimi rakyat Palestin. Hati saya sering tersentuh bila saban hari terpaksa membaca kisah-kisah sadis kekejaman rejim Israel terhadap saudara seagama di Palestin. Saban hari saya terpaksa menatap wajah anak-anak kecil terkorban di sebalik runtuhan bangunan yang dibom tentera Zionis. Sekarang ini ramai rakan blogger yang menulis di blog masing-masing tentang hal ini, dan kita totally mengecam tindakan Israel ini 200%! Ingatlah pada sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)”.”

Di sini saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya tahu tentang bangsa Yahudi ini. Sejak Bangsa Yahudi berkembang masa zaman Nabi Musa dulu, masa mereka dibawa dari Gunung Sinai dan seterusnya ke Canaan sampailah wujudnya Negara Madinah, Bangsa Yahudi pada masa itu dikira sebagai bangsa pilihan. Kenapa bangsa pilihan? Sebab dalam Qur’an pun ada tulis, dalam banyak-banyak bangsa kat muka bumi ni, bangsa yang paling banyak menerima rahmat dan nikmat ialah Kaum Yahudi. But then again, mereka jugalah yang paling membuat pertumpuhan darah dan kekejaman kat dunia ni. Tapi kekejaman terbesar / terhebat yang mereka buat kat dunia ni cuma dua kali je - benda ni ada disebut dalam Qur’an. Anda boleh cari sekiranya nak buat kajian. Tapi mereka masih lagi buat sadisme dengan membunuh para nabi, mengubah kitab suci, persendakan nabi-nabi dan bermacam-macam dosa lagi. Kiranya pada masa tu, mereka ini dikira paling berkuasa.

Namun bila tibanya Islam kat dunia ini lalu membina negara dan tamadun di Madinah pada zaman Rasulullah, Yahudi terus jadi kaum yang terpinggir. Mereka tidak lagi berkuasa seperti sebelumnya, hatta mana je mereka pergi orang akan menyirap tengok muka mereka. Ini membuatkan mereka selalu kena tindas tak kiralah ke mana mereka pergi - Eropah, Russia, bahagian-bahagian Timur Tengah ataupun Afrika.. Inilah kali pertama dalam sejarah tamadun dunia Kaum Yahudi betul-betul terhina. Masa tu, Yahudi semacam jadi machai dan paria rasmi planet bumi sampailah waktu Holocaus (sebuah pemusnahan sistematik ke atas jutaan Kam Yahudi, golongan bijak pandai, kelompok homoseksual dan puak pemberontak politik ) pada zaman Hitler dulu. bagi Yahudi, ini ialah saat-saat yang paling teruk dalam tambo (sejarah) kaum mereka.

Namun entah macamana, pada tahun 1948, dengan sokongan 110% yang diberikan oleh British dan Amerika, Negara Yahudi yang tersendiri terbentuk di atas bumi Palestin (tu pun selepas Negara Afrika menolak untuk bagi penempatan pada mereka), mereka akhirnya come out dengan nama Israel untuk negara dan bangsa mereka. Israil tu sebenarnya adalah nama Nabi Yaakub dalam Bahasa Ibrani (Yahudi Kuno). and the rest is history, mereka pun memulakan balik rutin kekejaman yang dibuat berabad-abad lamanya sebelum ni. Dan peperangan pun berlakulah di area Tebing barat pada sekitar 1948, 1967, 1972, 2003 dan sekarang ni.

Jadi, inilah expanding Yahudi yang kedua seperti yang disebut dalam Al- Qur’an. Maknanya, Yahudi sekarang berada pada saat kemashyuran mereka, empayar mereka sekarang ni baru berusia 59 tahun. masih dikira mentah lagi, baru separuh jalan nak berkuasa. seperti yang biasa berlaku dalam sejarah, satu-satu kuasa atau tamadun tu akan bertahan paling tidak pun sampai 100 tahun. So, satu hari nanti pasti mereka akan jatuh lagi seperti sebelum kedatangan Islam dulu. Tapi, lambat lagi la kita nak lihat Yahudi ni terhina balik buat kali yang kedua dan terakhir ni. Mungkin kita yang masih hidup sekarang ni tak sempat nak tengok kejatuhan Yahudi buat kali kedua ni. Sayang! Sayang sangat-sangat sebab saya nak sangat tengok kejatuhan empayar mereka ni!

Yahudi adalah satu bangsa yang cekal, bijak, tak berakhlak dan racist. Walaupun dalam Exodus dan Joshua (kitab-kitab yang mengandungi naratif penghijrahan Bangsa Yahudi ke Madinah), ada semacam satu view positif orang Yahudi terhadap bangsa lain, tapi Yahudi lebih suka ambil ayat dari Taurat yang lebih agresif yang kononnya menyatakan Tuhan membenarkan kemusnahan bangsa-bangsa lain (kelas kedua) di dunia ini. Kiranya disebabkan Yahudi ni bangsa  pilihan Tuhan, maka tak payahlah mereka nak terikat dengan mana-mana peraturan bangsa-bangsa lain di dunia ini.Huh!!!

Bangsa Palestin kalau nak dinisbahkan dengan Yahudi - menurut pandangan Yahudi sendiri ialah semacam kegelapan dengan cahaya. Oleh yang demikian, Bangsa Palestin mesti menerima nasib yang sama seperti Bangsa Amalek (satu bangsa minoriti di bawah jajahan Bani Israel dulu). Dalam kitab Taurat, kononnya Tuhan memerintah Bani Israel membunuh mereka tanpa belas kasihan. Maka sebab itu, Haim Tzuria (jurucakap Yahudi) menganggap jihad yang dilakukan oleh kaum Palestin itu sebagai: “..Dalam setiap generasi, ada sekelompok orang yang bangkit memberontak yang harus kia musnahkan. Kerana, setiap generasi ada Amaleknya sendiri. Bangsa Amalek pada generasi kita memperlihatkan dirinya dalam kebencian yang mendalam orang Arab terhadap kebangkitan nasional kita di Holy City (jurusalem) kita.”

Kita pun tahu kan macamana orang yahudi memburu, membunuh, membuat massacre ke atas rakyat Palestin masa mereka sedang solat berjemaah sehingga ramai saudara seagama kita ni terbunuh. Bagi mereka, orang Palestin adalah Amalek. Dan mereka (terutamanya eksteris Yahudi) merasakan yang Bangsa Yahudi (Semi) itu adalah terhormat daripada Bansga Amerika (Aria), Eropah (Roman), Arab, Parsi (Ajam), Iraq dan Afghan (Pushtu).

Ada enam juta rakyat Yahudi di Amerika yang berkuasa tahap karma dan boleh buat apa sahaja yang mereka nak buat. Saya pun tak pastilah tapi dengar cerita pemerintahan kerajaan Amerika Syarikat adalah di bawah ZOG (Zionis Occupation Government) yang dikawal sepenuhnya oleh Yahudi.

Macam mana agaknya ya Islam nak serang Yahudi sedangkan mereka ada senjata yang hebat, tentera yang terlatih dan disokong sepenuhnya oleh Ketua Polis Dunia (Amerika Syarikat)? Senjata nuklear, kimia dan biologi memanglah akan digunakan, tapi taklah 100% berkesan. Memanglah beratus ribu orang akan mati syahid, tapi yang lain-lain (macam kita yang tengah melepak ni), akan bangun menentang. Tengok macam sekarang, segenap pelosok dunia mengecam kezaliman rejim Zionis ini.

Nabi Muhammad S.a.w pernh menceritakan perihal akhir zaman ini, pasal Amerika akan serang Iraq satu hari nanti (dah serang kan tahun 2003 hari tu) sebab nak conquer minyak di Sungai Furad. Pasal Yahudi yang akan tumpang sekaki dan seterusnya menyerang negara-negara Islam yang lain seperti Syria, Jordan, Lubnan, Arab Saudi - negara Islam semuanya ni berada di bawah peta sulit Zionis yang membawa dari Laut Mediterranean sampai ke Sungai Euphrates. Dan selepas itu, akan berlakulah peperangan yang terbesar dalam sejarah sejagat di antara Islam dan Kuffar yang terdiri daripada Amerika, Eropah dan israel di Dabiq - satu kawasan dekat dengan Damsyik.

Tak tahulah macamana nak digambarkan suasana peperangan tersebut. tapi kiranya punyalah hebat peperangan ini, kedahsyatannya beribu-ribu kali lagi hebat daripada pertempuran Islam dan Kuffar di Ain Jalud. Sampai satu tahap, burung yang terbang di udara pun akan mati sebab melihat mayat-mayat bergeletak atas tanah.

Tapi apa kata Rasulullah pasal peperangan ini? 1/3 umat Islam akan Syahid, 1/3 lagi akan lari dari medan perang dan 1/3 lagi akan menang. Namun begitu, Islam akan tetap bangun berperang. Mereka tak takut mati. banyaklah kiranya yang akan hancur, bersepai menyembur daging dari badan. Cuma berapa kerat sahaja yang akan merasa kemenangan.

Pasal Bangsa Yahudi pula..dalam peperangan itu mereka akan dibelasah habis-habisan sampaikan batu dan pokok pun akan bercakap untuk memberitahu tempat persembunyian mereka. Bila habis peperangan yang maha dahsyat ini, Amerika, Eropah dan israel dapat ditewaskan. Dunia akan diperintah oleh umat Islam. Keadaan kembali makmur, aman dan sentosa. Orang kaya akan round satu dunia untuk mencari orang yang layak terima zakat. Tapi jangan dilupa, masa ni kita sangat hampir dengan kiamat. Sama-sama kita bersedia untuk itu dan berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada rakyat Palestin khasnya dan kita amnya, untuk sama-sama menghalang kekejaman rejim Zionis ini.

Assalamualaikum semua..First thing first, maaf saya ucapkan kerana begitu lama saya tidak update blog ini. Ada beberapa masalah yang terpaksa saya handle pada akhir tahun lepas, sehingga blog ini dibiarkan lama tidak diupdate.

Firstly..Apa azam anda tahun ini? Wah..ini memang soalan famous sejak kita melangkah ke tahun baru ni kan. Semua orang bercerita mengenai azam..Bukak la mana-mana stesen radio,mesti deejaynya sedang rancak berbicara soal azam. Tahun baru bermakna bermulalah sebuah impian baru, harapan baru dan segalanya baru..Kecuali satu je yang tak pernah nak baru-baru..Sebab kalau nak tukar baru jugak..terbang pinggan mangkuk nanti. Apa ye?? Ehem..ehem..Isteri baru laa..hehe.

Oklah..Ini post pertama saya di tahun baru. Semalam (01/01/2009), berbekalkan sebatang pen dan sehelai kertas, saya tulis 10 to do list dan 10 not to do list di atas kertas tersebut. To do list bermakna apa perkara yang saya nak buat dalam tahun ni, not to do list bermakna apa perkara yang saya kena jauhi untuk mencapai to do list tersebut. Anda dah ada list anda? Kalau belum, ambil sebatang pen dan sehelai kertas..Atau bukak microsolf word atau notepad di PC anda dan mula menulis apa harapan dan impian anda tahun ni..Apa to do list dan not to do list anda tahun ini.

Kemudian print dan tampalkan di tempat yang selalu anda lihat. Biarkan gambaran to do list dan not to do list ini sentiasa anda lihat, anda baca dan biarkan ia berinteraksi dengan minda anda secara sedar atau tidak. Ini ialah satu hukum Law Of Attraction, satu cara bagaimana kita merangsang minda kita dengan sesuatu rangsangan yang berulang-ulang, yang akhirnya akan disalurkan melalui tindakan yang berkesan. Trust me, ia benar-benar berkesan.

Sekadar ini bingkisan saya buat permulaan tahun baru ini.Ingat, manusia yang beruntung ialah golongan manusia yang hari ini lebih baik dari semalam, bukannya hari ini lebih buruk dari semalam. Tahun 2008 sudah berlalu, banyak perkara suka duka yang kita sama-sama tempuh. Dunia sudah cukup tua untuk kita, malah umur kita juga semakin meningkat dikala kita terkinja-kinja berkonsert menyambut kehadiran tahun baru. Hidup mesti diteruskan, tapi biarlah hidup kita diteruskan dengan keberkatanNya. Biarlah tahun baru kita disinari dengan azam serta impian yang baru, yang mampu kita realisasikan. Bukan sekadar impian atau azam yang menjadi trademark bagi setiap kehadiran tahun baru. Kita perlu berhijrah dalam segala hal. Sama-sama kita renungkan ya..

Darah Belangkas RM 17,500 Seliter!!

Darah Belangkas RM 17,500 Seliter? Biar betul. Boleh jadi jutawan ni kalau bela belangkas ni..

Baiklah..Saya taknak cerita panjang. Baik anda baca sendiri petikan akhbar bertarikh 6 Julai 2007. Dah lebih setahun dah artikel ni tersiar dalam akhbar, tapi saya baru war-warkan di sini. Maklum la blog ni baru lebih kurang 3 bulan usianya..Hoho..

Darah Belangkas RM 17,500 Seliter

Oleh : Khairul Anuar Abdul Samad

KOTA BHARU : Harga darah belangkas yang mencecah RM 17,500 seliter ekoran permintaan tinggi oleh industri farmaseutical dunia, mendorong pengembangan usaha memelihara  hidupan akuakultur itu di negeri ini.

Pengerusi Koperasi Industri Desa Islam Kelantan Berhad (KIDIKB), Dato’ Dr. Ilias Hussain, berkata KIDIKB akan mewujudkan sebuah makmal pembangunan dan penyelidikan (R & D) serta pemasaran belangkas.

Katanya makmal dengan kos kira-kira 10 juta itu akan turut membabitkan kerjasama Dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) terutama dalam bidang R & D.

“Belangkas mempunyai potensi pasaran besar terutama dalam bidang perubatan menerusi pengambilan darahnya yang bernilai tinggi, mencapai harga RM 17,500 seliter.

Ekoran itu, kita berusaha mengembangkan usaha ini menerusi penyediaan sebuah makmal serta kerjasama dengan UMT bagi membolehkan produk belangkas dipasarkan pada masa depan.” Katanya selepas majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara KIDIKB dengan UMT yang disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, di sini, semalam.

Pada majlis itu, UMT diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin dan Ilias mewakili KIDIKB. Menerusi kerjasama itu, UMT akan membuat penyelidikan bagi menghasilkan baka belangkas yang cepat membesar dengan kaedah bioteknologi.

Bagi penghasilan di Sabah dan Sarawak, pengusaha memerlukan 45 ekor bagi menghasilkan 1 liter darah, manakala di Semenanjung memerlukan 115 ekor bagi jumlah darah sama.

ketika ini, belangkas liar dijual pada RM 5 seekor dan dua daripada tiga spesies belangkas yang ada di dunia, mudah ditemui di sekitar perairan negara ini.

Kajian UMT setakat ini mendapati darah biru pada belangkas di negara ini mempunyai bahan bioaktif yang boleh digunakan bagi mengesan bakteria berbahaya, tetapi potensi itu memerlukan kajian lanjut.

Ilias berkata, berdasarkan perkembangan itu, industri belangkas mampu menjadi sumber poendapatan sampingan lumayan kepada nelayan yang terbabit dengannya.

Katanya, pada peringkat permulaan, kira-kira 500 nelayan sekitar pantai Kelantan seperti Bachok dan Tok Bali terbabit dengan penternakan belangkas dengan masing-masing menternak 500 ekor.

“Mereka terbabit dalam industri ini dijangka menikmati pulangan minimum RM 1,200 sebulan bagi setiap musim penuaian,” katanya.

Belangkas

Ni la rupa Belangkas kalau korang nak tahu..

Mungkin nanti saya akan pergi sendiri ke tempat penternakan Belangkas ni. Lagipun Tok Bali dengan Pasir Puteh (kampung saya), dekat je. Apa-apa hal saya akan post di blog ni ya.

Apa Pilihan Anda?

Pertama sekali, maaf saya ucapkan kepada semua kerana pelancaran ebook bisnestani terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Saya sangat-sangat busy kebelakangan ini,dengan keje 5-9 lagi, lepas tu nak manage ebiz yang baru nak merangkak ni lagi. Kepenatan kadang kala membuat kita hilang fokus, dan itulah yang saya alami sekarang.

Bila dah mula berkecimpung dalam ebiz ni, baru saya tau menghargai masa. Kalau dulu masa malam saya banyak dihabiskan dengan tengok tv je, sekarang ni sepanjang malam saya dok ngadap PC je, sampai naik kelabu mata ni :D

Bisnestani.com adalah website jualan pertama saya, dan sememangnya sedikit cuak untuk melancarkannya. Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya, antaranya boleh ke ebook ni dijual?Ada orang nak beli ke? Dan bermacam-macam lagi. Mungkin ini bukan masalah saya seorang, tapi juga masalah newbie-newbie lain.

Kawan saya pernah cakap, dalam hidup ni cuma ada 2 pilihan sahaja. Sebab, Allah jadikan setiap sesuatu itu berpasangan - Gagal dan Berjaya, Lelaki dan Perempuan, Kaya dan Miskin, dan sebagainya. Jadi sebab tu kita cuma ada 2 pilihan sahaja. Jadi, apa pilihan anda? Tentunya semua orang memilih pilihan yang bagus-bagus sahaja bukan, semua orang nak kaya, semua orang nak berjaya dan sebagainya. Baiklah, terpulang pada anda. Follow your heart. Tapi, yang terlebih penting bukanlah pilihan yang anda pilih, tetapi apa yang anda akan buat untuk menentukan pilihan anda adalah pilihan yang tepat, dan anda berhak mendapatnya!

Katakan saya memilih untuk menjadi usahawan tani + usahawan internet yang berjaya, dan mencapai kebebasan kewangan sebelum saya mencecah umur 30 tahun. Baiklah, ini pilihan saya. Percaya atau tidak, 90% dari kita akan cakap..”Wah, hebat ko ye.Aku harap ko akan berjaya capai target tu..” Dan 10% lagi akan cakap. “Wah..Hebat ko ye ada impian macam tu. Tapi, apa yang ko nak buat untuk capai target tu?Apa tindakan ko untuk pastikan target ko tu tercapai?”

Kenapa saya cakap 90% akan puji kita dan sekadar berdoa supaya kita berjaya capai target kita, dan 10% je yang betul-betul mempersoalkan dan menekankan apa yang seharusnya kita buat supaya kita boleh capai matlamat kita? Sebabnya, manusia memang realitinya begitu! Belum apa-apa lagi mereka dah mula membuai perasaan kita dengan pujian melangit, sedangkan itu baru langkah pertama kita. 90% inilah yang akan memerhatikan kita semata-mata, dan hanya 10% sahaja yang betul-betul akan memastikan dan sentiasa alert dengan matlamat kita ini. Dan, percaya atau tidak, golongan yang 90% ini, bila kita sudah cukup umur 30 tahun, mereka akan datang kepada kita dan berkata..”Ha..Apa cite ko? Dapat tak capai matlamat ko 5 tahun lepas?”. Dan, kalau katakan kita belum lagi dapat mencapai target tu (mungkin cuma ketinggalan beberapa langkah sahaja lagi), mereka langsung akan membidas kita..”Eleh..cakap je pandai ko ni.Habuk pun tarak..”

Kesimpulannya, untuk berjaya, kita harus berkawan dan bekerja seperti orang yang sudah berjaya. Macam yang saya cakap di awal penulisan tadi, kalau saya takut untuk terus menulis ebook disebabkan takut tak terjual dan sebagainya, pilihan yang saya ada cuma, stop tulis ebook. Guna PC ko untuk chatting je, dan jadikan internet kat umah ko ni satu liabiliti, bukannya aset pada ko. Adakah ini suatu pilihan yang bijak?Fikir-fikirkanlah ya, apa pilihan yang kita semua ada, dan adakah itu adalah pilihan terbaik kita

Adakah anda nampak perkaitan bisnes tani dan bisnes internet ni? Kalau tanya saya, mesti la saya nampak kaitannya (kalau tak takkanlah saya menulis post ini kan..hoho).

Baiklah, pertama sekali saya nak anda tanya pada diri anda sendiri, apa produk bisnes tani yang kita boleh jual di internet? Jangan fikir dulu betapa susahnya nak bina kedai online untuk produk asas tani khususnya, jangan fikir lagi betapa susahnya nak uruskan kedai online kita ni..First thing first, fikir dulu apakah produk berasaskan industri tani yang kita boleh pasarkan di Internet.

Ok..Anda dah ada idea belum? :D Baiklah, sekarang mari kita senaraikan idea-idea yang bermain dalam fikiran saya sekarang:

  1. Cendawan tempura.
  2. Serunding cendawan.
  3. Tepung goreng cendawan.
  4. Lintah booster (Fungsinya untuk mengurangkan kos makanan lintah sehingga 70 %,membantu mengawal suhu air,menggantikan pasir dan tanah sawah serta mempercepatkan pembiakan dan pembesaran lintah. Cara menggunakannya cuma kepal-kepal booster lintah ini dan letakkannya di dalam air)
  5. Kerepek pisang dan kerepek ubi.
  6. Baja kompos.
  7. Dan sebagainya.
Banyak lagi sebenarnya, mungkin anda boleh senaraikan lagi beberapa idea yang lain. Kalaupun anda bukan seorang pengusaha produk pertanian atau penternakan, anda juga boleh memasarkan produk berasaskan industri tani di internet. Bagaimana caranya? Mudah sahaja, anda cari mana-mana pengusaha produk pertanian dan penternakan ini, yang bukan sahaja mengusahakan tanaman sahaja, tetapi juga memasarkannya dalam bentuk produk hiliran (contohnya, hubungi seorang pengusaha cendawan yang juga mengusahakan produk hiliran berasaskan cendawan-contohnya serunding cendawan), tanya mereka adakah mereka mahu memasarkan produk mereka di Internet.
Yakinkan mereka tentang prospek jualan di internet yang mungkin lebih tinggi dari jualan offline semata-mata. Saya yakin mereka tidak akan teragak-agak menerima tawaran anda. Kalau mereka mahu, anda tawarkan diri sebagai agen jualan produk mereka di internet. Nah..Ini baru win-win situation namanya kan. Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi pening-pening memikirkan bagaimana ingin berniaga di internet sedangkan anda tidak punya produk untuk dipasarkan.
Baiklah..Sekarang baru kita fikirkan bagaimana nak bina sebuah kedai online yang betul-betul boleh menjual. Ah..Susahnya..Produk dah ada, tapi tak tahu pulak bina kedai online sendiri. Tak tahu pulak macamana cara yang betul nak pasarkan produk ni di internet. Mungkin ini salah satu keluh kesah anda kan, terutama bagi yang langsung tiada pengalaman dengan perniagaan internet ni.
Dalam kes ini, cara paling mudah ialah OUTSOURSE. Ya, upah pakar menyiapkan kedai online untuk anda. Tapi, sesetengah ( mungkin kebanyakan agaknya ) pakar yang anda upah itu tugasnya hanya menyiapkan kedai online anda sahaja, bagaimana ingin menjual, dan segala masalah berkenaan dengan pemasaran produk anda di internet, mungkin anda harus uruskan sendiri. Di sini, timbul pula masalah baru.

Kedai Online

Untuk menyelesaikan masalah ini, produk yang amat-amat saya sarankan ialah, Niagakit. Kenapa Niagakit? Sebabnya mudah. Anda tidak perlu pening-pening kepala memikirkan bagaimana membina kedai online anda, serahkan sahaja kepada yang pakar. Yang menariknya tentang Niagakit ialah, mereka akan siapkan kedai online yang betul-betul boleh menjual kepada anda, dan mereka akan bagi support dalam forum mereka khas untuk pelanggan-pelanggan mereka. Ya!! Mereka takkan biarkan anda terkapai-kapai sendiri selepas kedai online anda siap, sebaliknya mereka akan membimbing anda sehingga anda betul-betul boleh menghasilkan jualan di Internet.

Oh..Panjang pula saya menulis kali ni ya :) Baiklah, sekarang saya tinggalkan anda untuk memikirkan apa produk berasaskan industri pertanian dan penternakan yang anda ingin jual di internet. Kalau dah ada idea apa produk yang anda ingin jual di internet, jangan biarkan idea itu berlalu begitu sahaja. Make an action, mula bertindak, sebab selagi anda tak bertindak, selagi itu anda akan tetap di takuk lama.

p/s: Saya sedang mendekati seorang janda pengusaha produk hiliran cendawan sekarang. Mungkin sedikit masa lagi saya akan pasarkan produk hiliran berasaskan cendawan kot :)

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Dalam post yang lepas, saya ada mewar-warkan di blog ini yang saya kini sedang sibuk menyiapkan satu ebook tentang bisnes tani. Ebook ini adalah ebook berbayar pertama saya, sebab itulah saya mengambil sedikit masa untuk menyiapkannya. Takut pun ada ni untuk lancarkan ebook ni. Maklumlah pertama kali buat ebook :D

Ebook bisnes tani ini ialah sebuah ebook berkenaan satu model bisnes tani yang kini semakin popular di negara kita, iaitu penanaman cendawan. Saya dapati, tidak ramai yang mengeluarkan ebook panduan lengkap penanaman cendawan ini, jadi saya mengambil inisiatif ini untuk menulis sebuah panduan lengkap, langkah demi langkah siap dengan gambarajah lagi, bagaimana cara-cara menanam cendawan ini.

Amacam ecover ni, cun tak :)

Dalam ebook ini, saya akan menceritakan segala aspek tentang penanaman cendawan yang kita harus tahu. Segalanya akan saya terangkan dengan lengkap, berserta dengan gambarajah lagi. Yang menariknya, dalam ebook ini saya akan menemubual seorang usahawan cendawan dari Kelantan, yang kini berpendapatan mencecah 5 angka sebulan dengan mengusahakan cendawan bersama isteri dan keluarganya sahaja.

Saya akan membongkar rahsia bagaimana beliau memperoleh hasil setiap hari, bagaimana beliau memasarkan cendawannya dan segala macam persoalan lagi. Mesti anda tertanya-tanya kan siapa usahawan cendawan yang saya temuramah ini? Saya takkan mendedahkannya, nanti tak suspen pulak :)  Jadi, dapatkan ebook ini di pasaran internet nanti ye untuk mengetahui siapa yang saya temuramah dalam ebook ini.

Saya yakin isu lambakan hasil jarang dibincangkan oleh mana-mana ebook cendawan sebelum ini. Dalam ebook ini juga, saya akan mendedahkan penyelesaian bagi masalah lambakan hasil pengeluaran ini. Memang tidak boleh dinafikan, satu hari nanti bila terlalu ramai usahawan yang menjalankan perniagaan tanaman cendawan ini, akan berlaku satu lambakan hasil pengeluaran yang serius. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Persoalan ini juga akan saya huraikan dalam ebook ini.

Antara persoalan lain yang akan diungkaikan dalam ebook ini ialah:

  • Bagaimana merancang bajet untuk memulakan penanaman cendawan ini.
  • Bagaimana membina rumah cendawan dengan kos paling minima.
  • Bagaimana mencegah dan mengenalpasti penyakit-penyakit cendawan.
  • Rahsia bagaimana menghasilkan cendawan yang gemuk dan segar setiap hari.
  • Bagaimana cara pemasaran tanaman cendawan secara efektif.
  • Bonus eksklusif-Koleksi rancangan perniagaan MARA dan PUNB.
Baiklah, begitulah sedikit sebanyak kandungan ebook ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, dapatkan ebook ini di pasaran internet (bukan di kedai buku tau :) ) nanti ya. Saya akan mewar-warkan di blog ini dan di Forum kesayangan saya,  Wang Cyber bila ebook ini dipasarkan nanti. Nantikan kemunculannya pada hujung bulan ini ya..

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang keistimewaan burung walit ini. Mungkin ramai jugak yang tahu kenapa saya gelarkan burung ini burung jutawan. Semuanya kerana nilai sarangnya yang mencecah ribuan ringgit sekilogram. Tapi, hakikat sebenarnya tidak ramai yang mengusahakan industri ini, terutama dari kalangan orang Melayu. Kebanyakan pengusaha industri penternakan burung walit ini rata-rata terdiri dari kaum Cina.

Kenapa agaknya orang melayu kurang menceburi industri yang menguntungkan ini?Satu je alasan yang saya selalu dengar,MODAL..Ya, inilah masalah utama sebenarnya. Tahukah anda untuk bangunan berukuran 80X20X2.5 kaki, modal yang harus anda keluarkan adalah RM 180,000. Ini belum lagi termasuk tanahnya.

Tapi, walaupun begitu, pulangan industri ini memang lumayan. Pasal ni, saya tak nafikan. Berikut ialah kiraan asas cash flow bagi industri ini:

A. MODAL PERMULAAN
(Mendirikan Bangunan Baru tidak termasuk tanah; cth 20’X60’ -3 tkt)

1. Bangunan dan kelengkapan/material
a. Bangunan (RM70.00 sekaki persegi)
RM70X1200=RM84000.00 X 3 =RM252,000.00
b. Sistem Audio dan Alarm sistem
RM30,000.00
c. Kayu papan(sirip) burung bersarang (meranti merah ) RM3500 satu tan
RM3500.00 x 5 =RM17500.00
d. Lain-lain(Elektrik dan Air)
RM10,000.00

JUMLAH
RM309,500.00

B. Pulangan

Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 309,500.00

Modal Pusingan Setahun

Kos tenaga buruh = RM 7,200.00
Eletrik dan air =RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 317,700.00

Anggaran Hasil Sarang burung (minima):

Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 3,000 = RM 1,500.00
Akhir tahun 2, 4 kg X RM 3,500 =RM 14,000.00
Akhir tahun 3, 8 kg X RM 4,200 =RM 33,600.00
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 4,200 =RM 84,000.00
Akhir tahun 5, 30kg X RM 4,500 =RM 135,000.00
Akhir tahun 6, 35kg X RM 4,500 = RM 157,500.00

Keuntungan Tahunan

Tahun 1, RM 1,500 - (RM 317,700.00) =(- ) RM 316,200.00
Tahun 2, RM 14,00 - (RM 316,200.00) =(-)RM 302,200.00
Tahun 3, RM 33,600 - RM 302,200=(-)RM 268,600.00
Tahun 4, RM 84,000 - RM 268,600=(-)RM 184,600.00
Tahun 5, RM 135,000 - RM 184,600=(-)RM 49,600.00
Tahun 6, RM157,500 - RM 49,600.00 = RM107,400.00

Di akhir tahun keenam modal di perolehi sepenuhnya.

Ini bermakna, modal yang kita laburkan kita akan dapat selepas 6 tahun. Enam tahun waktu yang cukup lama untuk sesetengah orang, tak gitu :)

Percaya atau tidak, harga sarang burung layang-layang boleh mencecah antara RM2,000 dan RM5,500 sekilogram di pasaran, manakala yang sudah diproses dan dibersihkan berharga antara RM10,000 dan RM12,000 sekilogram. Setiap kilogram pula mengandungi 120 sarang burung. Jadi, anda faham kan kenapa saya panggil burung ni burung jutawan?

Kesimpulannya, saya kelaskan industri burung jutawan ini adalah suatu pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan. Tapi, bagi mana-mana individu yang tiada kesabaran (ehem..maknanya yang nak untung cepat..taknak tunggu sampai 6-7 tahun), industri ini tak sesuai untuk anda. Cari model bisnes tani yang lain ye :)

Pelabur Da Bomb :)

Osman Adnan

First thing first..Saya nak tanya anda, anda kenal tak dengan burung walit? Sapa kenal angkat tangan, hoho..:)

Burung walit ini sebenarnya adalah burung kakak tua layang-layang, yang sarangnya dibuat dari air liurnya (saliva) dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sarang burung layang-layang ini sangat digemari oleh kaum Cina. Sarang burung walit ini digunakan secara tradisional dalam mengubati penyakit paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan menambahkan tenaga.

Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.

Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:
Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia
Species : Collacaliafuciphaga

Dalam post akan datang, saya akan tunjukkan bangunan-bangunan yang dibina khas untuk burung walit ini dan teknologi untuk memikatnya supaya kumpulan burung layang-layang ini tertarik untuk bersarang di sini.

ikhlas;

Osman Adnan